NADI X Keusahawanan-Live Webinar Empoerher 33 & 34 ; Pemasaran & Operasi Perniagaan

23 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2026, bermula pukul 10.00 pagi, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan Live Webinar Empowerher 33 & 34 ; Pemasaran & Operasi Perniagaan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan dalam aspek pemasaran dan operasi perniagaan supaya mereka dapat mengurus perniagaan dengan lebih terancang, menarik dan lebih ramai pelanggang serta meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan. Peserta mengikuti Live Webinar 33 & 34 secara dalam talian yang merangkumi perkongsian ilmu berkaitan strategi pemasaran, pengurusan pelanggan, promosi produk atau perkhidmatan serta pengurusan operasi perniagaan. Peserta juga dapat mengikuti sesi interaktif dan soal jawab bagi membantu mereka mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam perniagaan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 5 :  Gambar semasa kelas berlangsung.

Kembali Ke Atas

kembali